Rabu, 30 Jun 2010

Kemaman

Kemaman merupakan daerah di negeri Terengganu, Malaysia. Ia berada pada kedudukan koordinat 4° 13' 60" Utara dan 103° 27' 0" Timur, pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan.

Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.

Sumber: wikipedia.org

Dungun

Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama pokok Dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar. Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatang dari Pagar Ruyung, Sumatera, berdasarkan:

    * Kebanyakan orang Dungun pada suatu masa dahulu berasal dari Kepulauan Indonesia
    * Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia, umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.

Sumber: wikipedia.org

Marang

Marang terletak di negeri Terengganu, Malaysia. Marang menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia, dan lain-lain. Pulau Kapas merupakan pulau yang indah, menarik pengunjung dari serata dunia.

Sumber: wikipedia.org

Hulu Terengganu

Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di negeri Terengganu  namun mula dikenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai destinasi perlancongan.

Namun begitu kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu Terengganu. Ini kerana Batu Bersurat Terengganu yang menyatakan daerah ini yang mula-mula menerima Islam di Terengganu malah di Malaysia. Ia dijumpai di Kg. Buluh iaitu sebuah kampung di Hulu Terengganu.

Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu Terengganu. Masyarakat di sini lebih bertumpu di sini dalam urusan harian kerana pusat pemerintahan daerah di jalankan di sini. segala macam pembangunan sudah diperlihatkan oleh Kuala Berang untuk menggambarkan Hulu Terengganu tidak sama seperti hulu di tempat lain kerana lazimnya hulu itu di ketahui akan terpencilnya sesuatu kawasan itu. Pada masa kini rakyat Hulu Terengganu telah menjadi perwakilan diperingkat persekutuan Malaysia dengan memegang jawatan Timbalan Menteri pelajaran iaitu Datuk Razali ismail Ahli parlimen Kuala Terengganu berasal dari Kuala Berang dalam kawasan Hulu Terengganu.

Kebanyakan masyarakat di sini adalah petani. Namun kini ramai yang beralih arah kepada menjadi peniaga.

Sumber: wikipedia.org

Besut

Besut merupakan daerah yang terletak di utara negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan  di utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. Pantainya bertanah beris dan menghadap pulau yang terkenal seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, dan Pulau Redang. Ibu daerah Besut ialah Jerteh. Penduduk Besut bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.

Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut.

Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam . Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.

Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang Pangan. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama Besut jadi dipercayai nama Besut adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.

Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.

Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari Pattani ( Selatan Siam ) telah datang ke Besut dengan diketuai oleh seorang yang bernama Cik Latif. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari Sumatera dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan segantang mata kail dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan di tebing sungai Besut yang diberi nama Palembang mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan pusat pentakbiran yang pertama di Besut sebelum Kampung Raja.

Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama Cik Kamat. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran Pelayaran Abdullah ke Kelantan, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh Panglima Ebeh dan Panglima Garang.

Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, Cik Kamat tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari Terengganu. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu Sultan Mansur 1, yang dikenali sebagai Marhum Berjanggut. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur I telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.

Tengku Kadir dan tentera di bawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke Pulau Perhentian.

Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai Orang Besar Besut serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.

Sumber: wikipedia.org

Hutan Lipur Lata Belantan

Hutan Lipur Lata Belatan ialah sebuah hutan lipur yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, daerah Besut, Terengganu. Lokasinya 40 kilometer dari bandar Besut dan lebih kurang 130 kilometer dari Kuala Terengganu.

Hutan Lipur Lata Belatan mempunyai jenis hutan dipterokarp bukit serta hutan konifer di kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang dilihat terdapat disini.

Bagi pengunjung yang inginkan kegiatan mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkhemah, bersiar-siar dan aktiviti perjalanan jauh. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti kemudahan elektrik, gerai, dan astaka.

Muzium Negeri

Ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976 dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976, berkuatkuasa pada 1 November 1977. Bermula dengan sejarah jumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902.

Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Pada 3 Februari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk.

Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan usaha pengumpulan bahan bersejarah telah dipergiatkan pada tahun 1979. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri. Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan Pengarah.

WAKTU OPERASI GALERI MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Hari Sabtu hingga Khamis
- bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Jumaat
- bermula jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari
- dibuka semula pada jam 3.00 petang - 5.00 petang

Hari Kelepasan Am
- bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
- ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja

PERKHIDMATAN TIKET MASUK GALERI MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Warganegara Malaysia
Dewasa - RM 5.00
Kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun - RM 2.00
Kanak-kanak sekolah berpakaian seragam - RM 1.00
Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun - PERCUMA
                      
Bukan warganegara
Dewasa - RM 15.00
Kanak - kanak - RM 10.00

Julai Muzium NegeriTerengganu
http://museum.terengganu.gov.my

Selasa, 18 Mei 2010

Setiu

Setiu merupakan sebuah daerah bongsu daripada tujuh daerah di dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 1 Januari 1985.

Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar. Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu;-

* Mukim Hulu Nerus - 54,523.30 hektar
* Mukim Calok - 20,589.60 hektar
* Mukim Hulu Setiu - 23,292.90 hektar
* Mukim Guntung - 16,348.50 hektar
* Mukim Tasik - 5,827.10 hektar
* Mukim Pantai - 8,499.40 hektar
* Mukim Merang - 6,825.00 hektar

Dalam tahun 1980 Kerajaan Negeri telah meminta MAMPU supaya membuat kajian kemungkinan kekesanan sempadan daerah Negeri Terengganu. Hasil kajian tersebut Kerajaan Negeri telah bersetuju menubuhkan Daerah Setiu pada 1hb. Januari, 1985 dimana sebahagian daripada mukim-mukim dari Daerah Kuala Terengganu dan Besut dimasukkan ke Daerah Setiu.

1 Januari 1985, adalah satu lagi tarikh bersejarah bagi penduduk negeri Terengganu, apabila sebuah lagi daerah baru yang dikenali sebagai Daerah Setiu ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Kewujudan Daerah Setiu ini telah meletakkan Negeri Terengganu kepada tujuh daerah iaitu Daerah Kuala Terengganu, Kemaman, Marang, Dungun, Besut, Hulu Terengganu dan Setiu.

Daerah Setiu merangkumi 7 mukim di bawah pentadbiran seorang Pegawai Daerah mempunyai keluasan 130,477.36 hektar dengan jumlah penduduknya seramai 33,000 orang mengikut banci 1980. Mukim-mukim yang terdapat di dalam Daerah Setiu ialah Chalok, Tasik, Hulu Setiu, Guntung dan Pantai dari Daerah Besut, Merang dan Hulu Nerus dari Daerah Kuala Terengganu.

Terbitnya nama Setiu adalah berasal daripada nama seorang pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1770an. Dalam peperangan tersebut pihak Belanda telah mendapat kemenangan. Dengan kekalahan Bugis ini menyebabkan ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara orang-orang Bugis tersebut termasuklah Tok Setiu. Tok Setiu merupakan seorang Panglima Raja Bugis. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain daripada kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II iaitu Sultan Terengganu yang ke-X (1875 hingga 1881).

Apabila Tok Setiu mendarat ke Terengganu, beliau pun menemui baginda Sultan Ahmad II untuk memohon menumpang tinggal di Terengganu, beliau menceritakan perihal kedatangannya dan segala pahit maung semasa dalam pelayaran.

Baginda Sultan Ahmad II telah bersetuju dan perkenankan permohonan Tok Setiu dan orang-orangnya. Lalu Baginda titahkan kepada Tok Setiu supaya mencari tempat yang sesuai utnuk dibuat perkampungan.

Setelah meninjau kawasan-kaeasan di Negeri Terengganu, beliau telah memilih sebuah tempat dan dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Disinilah tempat Tok Setiu dan orang-orangnya berkampung dan menjalankan kerja-kerja harian mereka.

Pada peringkat awal pendudukan Tok Setiu di Kampung Bukit Setiu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung. Dalam pada inilah Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut satu kawasan. Oleh kerana tidak mendapat kata sepakat dan tolak ansur antara mereka berdua, lalu berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu hampir menerima kekalahan.

Memandangkan hal yang demikianlah Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam telah mengalami kekalahan. Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanya sebagai Ketua di Kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai.

Kekalahan Tok Itam telah menyebabkan anak buahnya menyimpan dendam dan mereka telah membuat batas sempadan dengan menanam suatu azimat. Tujuannya adalah untuk mencegah daripada kemasukan binatang-binatang daripada kampung lain. Ini jelas terbukti apabila seseorang yang hendak membawa masuk kerbau dan lembu dengan tujuan untuk membelanya ataupun kenduri kendara, binatang itu apabila melangkah saja ke garis sempadan tersebut terus mati. Peristiwa ini telah berlaku berulang-ulang kali.

Semasa pemerintahan Tok Setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah. Pekerjaan penduduk-penduduk pada masa itu hinggalah sekarang ialah bertanam padi dan menoreh getah.

Selain daripada bertugas sebagai Ketua Kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai penduduk-penduduknya yang belajar denganya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk kampung Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat. Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.

Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya yang terletak di bawah sepohon Berangan. Pokok Berangan telah ditebang manakala batu nisan tidak dapak dikesan. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok-pokok getah dan semak samun.

Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk-penduduk kampung menamakan tempat itu sebagai SETIU hinggalah sekarang menjadi satu daerah.

Penduduk
Anggaran jumlah penduduk Daerah Setiu pada tahun 2002 adalah seramai 54,333 orang, iaitu merupakan 5.57% penduduk keseluruhan negeri Terengganu dan dengan kadar pertumbuhan penduduk purata tahunan 1.93%.Kepadatan penduduk adalah dengan kadar 42 orang setiap km. persegi.Komposisi etnik pula didominasi oleh kaum Melayu iaitu seramai 52,749 orang (97.08%) diikuti kaum Cina seramai 140 orang (0.26 %),India seramai 10 orang (0.02%) dan lain-lain seramai 1,434 orang (2.64%).

p/s: sumber dari http://mds.terengganu.gov.my/

Kuala Terengganu

Pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III juga perlantikan merinyu telah di lakukan bagi melaksanakan peraturan sukatan dan timbangan pada masa itu. Sebuah mahkamah telah ditubuhkan untuk memastikan undang-undang dapat dilaksanakan secara lebih adil dan teratur. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu diwujudkan. Sebuah penjara turut dibina.

Hubungan persahabatan dengan Kerajaan Siam telah dijalinkan, dimana baginda Sultan telah menghantar ufti berupa ’ Bunga Emas’ setiap tiga tahun sekali. Upacara perarakan Bunga Emas dan Perak di Kuala Terengganu pada tahun 1909 telah dibuat secara besar-besaran. ( Rujukan Gambar – Arkib Negera Malaysia – Lampiran ). Hubungan dua hala tersebut telah membawa kepada penghantaran pegawai-pegawai daripada Kerajaan Siam ( Thailand ) ke Kuala Terengganu semasa pertabalan Sultan Zainal Abidin. Maharaja Siam juga telah melawat Kuala Terengganu pada tahun 1887.

Selain terkenal dengan kraf tangannya, pelbagai jenis hasil kesenian kebudayaan dapat dilihat aktif seperti tarian ulit mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.

Selain daripada itu, pelbagai usaha pembuatan perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa. Industri kotej seperti pembuatan batik, songket, seni ukir kayu dan barang-barang tembaga masih kekal dan sangat berfeadah.

Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat dimata dunia dimana pelbagai kejohanan sukan bertaraf Nasional dan Antarabangsa diadakan di Bandar Kuala terengganu. Antaranya ialah Monsoon Cup Terengganu, Sultan’s Cup Endurance Ride dan FEI World Endurance Championship 2008.


ps/sumber:http://mbkt.terengganu.gov.my

Isnin, 17 Mei 2010

SAHABAT JELAJAH TERENGGANU

Sila tinggalkan "URL" blog anda di sini. Caranya cukup mudah. Anda cuma perlu mengisi Nama atau Nama Blog dan URL. Kemudian tekan "ENTER". Kebiasannya link akan dikemaskini ke dalam database dalam masa seminit. Untuk memastikan link telah pun di kemaskini, sila tekan F5 atau refresh page ini.

Jika Anda menghadapi masalah untuk memasukkan "URL" di sini, sila tinggalkan "URL" dan Nama blog di dalam ruangan komen. Insyallah saya akan "update" link tersebut ke dalam database.

Sekian terima kasih.




p/s: Jangan Lupa Pulak Letak Link Blog ini http://jelajahterengganu.blogspot.com/ dalam blog kamu ya.Kalau tak kan pulak di panggil tukar LInk.




Laman Setempat JT

Ahad, 16 Mei 2010

Terengganu Inspirasi Keindahan

Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri di Pantai Timur semenanjung Malaysia yang bersebelahan antara kelantan dan pahang dengan keluasan 12,995 kilometer persegi. Terengganu mempunyai 7 buah daerah iaitu

*Besut
* Dungun
* Kemaman
* Kuala Terengganu
* Marang
* Setiu
* Hulu Terengganu

Selain itu terengganu mempunyai beberapa pulau yang menarik beribu pelawat setiap tahun seperti Pulau Redang ,Pulau Lang Tengah ,Pulau Kapas ,Pulau Gemia ,Pulau Perhentian ,Pulau Tenggol dan Pulau Rhu Hentian

Terengganu merupakan sebuah negeri mempunyai pantai yang cantik antaranya seperti berikut
1. Pantai Bukit Keluang
2. Pantai Air Tawar
3. Pantai Rhu Sepuluh
4. Pantai Merang
5. Pantai Penarik
6. Pantai Batu Buruk
7. Pantai Chendering
8. Pantai Rantau Abang
9. Pantai Tajung Jara
10. Pantai Kemasik
11. Pantai Kijal
12. Pantai Kelulut
13. Pantai Teluk Bidara
14. Pantai Paka

Malah Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sebuah tasik yang terbesar di Asia Tenggara dan keluasannya dianggarkan seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil dan terdapat 14 air tejun di Tasik Kenyir salah satu ialah Air Terjun Sauk. Keluasan ini lebih besar dari sebuah negara iaitu singapura.

Dengan keunikan dan kelebihan yang ada dan tidak dapat di rasai di negeri-negeri lain di malaysia memberi satu kelebihan kepada terengganu dalam memberi perkhidmatan perlancongan.